Rabu, 20 Oktober 2010

Ibadah Qurban


PENGERTIAN QURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada tenakan yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

• Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakhadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid (cerdik) serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji atau pun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
• Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
• Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
• Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

DALIL PENSYARIATAN IBADAH QURBAN

1. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban sebagai bersyukur".
2. Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :
Maksudnya: "Daging dan darah binatang qurban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".
3. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih qurban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah qurban ini amat besar antaranya:
1. Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Qurban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".
(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
2. Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".

(Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah qurban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."
(Hadis riwayat Thabrani)
4. Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih qurban). Bahawa qurban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat qurban itu dengan hati yang bersih."
(Hadith riwayat Tirmidzi)
5. Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

HIKMAH BERQURBAN

1. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.
2. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.
3. Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

1. Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
2. Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

1. Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.
2. Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.
3. Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.

JENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QURBAN

Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.

UMUR BINATANG QURBAN


1. Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.
2. Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.
3. Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

KECACATAN YANG MENGHALANG SAHNYA QURBAN

• Hendaklah ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau terpotong ekor, gila, kudung, sangat kurus, buta dan sebagainya.
• Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati oleh Ulama' yang menghalang sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra' bin Azib iaitu sabda Rasullah Sallahallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".
• Daripada hadith di atas Ulama' telah mengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti berikut:
1. Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang terpotong ekornya.
2. Gila
3. Berkudis walaupun sedikit.
4. Haiwan yang baru melahirkan anak atau yang bunting.
5. Tersangat kurus.
6. Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
7. Berpenyakit
8. Tersangat tempang
• Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut, wajarlah dia melaksanakannya.
• Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.
• Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan yang terbelah atau bertebuk telinganya.

KEHARUSAN BERKONGSI HAIWAN QURBAN


• Seekor unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud qurban, misalnya ada antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja.
• Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang sahaja, tetapi harus berkongsi dengan orang lain dalam pahala berqurban dengan seekor qurban itu.
• Adalah afdhal dibuat qurban bagi seorang dengan seekor unta, kerana banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.
• Berqurban dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta atau lembu kerana daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.
• Berqurban dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang.
• Yang utamanya binatang qurban itu adalah berwarna putih, kemudian kuning, diikuti dengan warna putih tetapi tidak bersih putihnya, kemudian binatang yang sebahagian bulunya berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semua bulunya, diikuti dengan binatang qurban yang berwarna merah bulunya.

WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

• Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)
• Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari ufuk.
• Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

ORANG YANG MENYEMBELIH BINATANG QURBAN

• Para ualama menganjurkan agar yang melakukan penyembelihan afalah orang yang berqurban itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih. Tetapi mereka juga sependapat mengatakan harus mewakilkannya kepada orang lain. Afdhalnya wakil itu adalah orang Islam yang mengetahui akan hukum-hakam mengenai qurban.
• Adalah afdhal orang yang tidak pandai menyembelih berwakil kepada orang lain untuk menyembelih bagi pihak dirinya dan sunat bagi orang yang berwakil itu hadir dan menyaksikan penyembelihan ke atas binatang qurban tersebut.
• Makruh hukumnya mewakilkan qurban kepada kanak-kanak atau orang buta.

NIAT IBADAH QURBAN

• Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli binatang dengan niat hendak diqurbankan tanpa dilafazkan niat itu.
• Disyaratkan berniat ketika menyembelih binatang qurban jika dilakukan sendiri. Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih qurban berkenaan dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.
• Walaubagaimanapun adalah lebih baik orang berwakil itu, ketika menyerahkan qurban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih qurban tersebut.
• Tidak disyaratkan niat jika melakukan qurban nazar.

HUKUM QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN


1. Tidak sah menyembelih qurban bagi pihak orang lain yang hidup dengan tiada izinnya.
2. Begitu juga bagi pihak orang yang telah mati dengan tiada wasiat atau pesanan daripadanya.
3. Apabila qurban itu dilakukan kerana wasiat simati maka wajib disedekahkan kesemuanya.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN

• Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban.
• Semasa menyembelih binatang qurban disunatkan :
1. Membaca Bismillahirrohmanirrahim
2. Berselawat ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
3. Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
4. Bertakbir sebelum membaca Bismilah dan selepasnya.
5. Membaca doa : Maksudnya: "Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya."
• Sebaik-baiknya ibadah qurban ini dilaksanakan sendiri tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.

HUKUM DAGING QURBAN

1. Qurban Wajib dan Qurban Nazar :

Bagi daging qurban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berqurban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.
2. Qurban Sunat :
Bagi daging qurban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya qurban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan qurban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging qurban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).
Adalah Afdhal jika yang empunya qurban itu hanya mengambil sedikit daripada daging qurban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.
3. Jika daging qurban itu ialah qurban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat qurban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
4. Haram menyedekah atau menghadiahkan daging qurban kepada orang kafir walaupun sedikit.
5. Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.
6. Haram ke atas orang yang berqurban atau warisnya menjual daging qurban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang qurban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:

"Siapa yang menjual kulit qurban (udhiyyah) itu maka tiada dikira qurban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)
7. Haram menjadikan kulit dan daging binatang qurban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

Selasa, 19 Oktober 2010

Tafsir Al-Quran - Surah An-Nas

Bagi sahabat-sahabat yang tidak dapat mengikuti kuliah Maghrib oleh Ustaz Abdul Rahim Sahlan berkenaan Tafsir Al-Quran Surah An-Nas, di sinidisertakan kuliah dalam tajuk yang sama tetapi oleh Ustaz Zahazan bin Mohamed. Yang biasa kat TV tu... Semoga ada munafaatnya.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Hadis 40 - Imam Nawawi (Hadis 03 dan 04)

Hadis 03 - Islam terbina atas 5 perkara


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Akutelah mendengar Rasulullah SAW bersabda:lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkanAllah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) babباب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيانأرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran danmelayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.
Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

3) Matlamat Ibadat :
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib segerakan.
Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslamsebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslamseseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan olehsetiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermaknakesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian berertikeruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.


Hadis 04- Kejadian Manusia - Al-Qadr


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telahbersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadiseketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu diamenghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehinggajarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantasdia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang darikalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidaklebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahlisyurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدءالخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awalkitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Kefahaman Hadis :

1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untukmencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopohatau gelojoh.

2) Ditiup Ruh :
Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :
Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu.
Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapipendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah

Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur danmaksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:

Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnyamenjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadirenungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolokbandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.

Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'andan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini dizaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Diajugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.

Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi -rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susahatau senang.

Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Bolehjadi dia sangat baik si sepanjang hayat, tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka,iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.

Khamis, 14 Oktober 2010

Program Taman-Taman Syurga - Jadual bagi bulan Oktober

Tujuan Menuntut Ilmu

1. Memperbaiki Diri

Firman Allah dalam Surah Al-'Ankabuut, ayat 69,


"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." -

Antara tujuan utama kita dalam menuntut ilmu adalah agar dapat memperbaiki diri.
Memperbaiki diri bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu pengetahuan serta membawa ibadah dan juga taraf kehidupan ke tempat yang lebih tinggi dari sebelumnya.
Dengan menuntut ilmu kita secara tidak langsung bukan sahaja mendapat petunjuk, malah dipimpin ke jalan yang lurus. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Contohnya, dengan menuntut ilmu kita dapat;
1. Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah.
2. Solat terasa lebih khusyuk dari sebelumnya.
3. Peningkatan kerjaya.
Pelbagai lagi nikmat yang akan kita perolehi dalam usaha memperbaiki diri, malah tidak terhitung dan cukuplah tiga contoh di atas. Sekiranya kita memahami ayat di atas (Surah Al-'Ankabuut, ayat 69) nikmat terbesar adalah mendapat pertolongan dan bantuan Allah yang Maha Agung. Pertolongan dan bantuan siapakah yang lebih besar dari itu?

Akan bersambung ......


Jadual Program Taman Syurga (Oktober)

Tarikh : 2 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Waktu : Selepas Solat Subuh
Aktiviti : Tazkirah Subuh oleh Ustaz Musa Sarbini

Tarikh : 3 Oktober 2010
Hari : Ahad
Waktu : Selepas Solat Subuh
Aktiviti: Kuliah Subuh oleh Ustaz Shaharuddin Abdul Mubin

Tarikh : 9 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Waktu : Selepas Solat Subuh
Aktiviti : Tazkirah Subuh oleh Ustaz Musa Sarbini

Tarikh : 10 Oktober 2010
Hari : Ahad
Waktu : Selepas Solat Subuh
Aktiviti: Kuliah Subuh oleh Ustaz Shaharuddin Abdul Mubin

Tarikh : 12 Oktober 2010
Hari : Selasa
Waktu : Selepas Solat Maghrib
Aktiviti : Kuliah Maghrib oleh Ustaz Zaharin Taha

Tarikh : 16 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Waktu : Selepas Solat Subuh
Aktiviti : Tazkirah Subuh oleh Ustaz Musa Sarbini

Tarikh : 17 Oktober 2010
Hari : Ahad
Waktu : Selepas Solat Subuh
Aktiviti: Kuliah Subuh oleh Ustaz Shaharuddin Abdul Mubin

Tarikh : 20 Oktober 2010
Hari :Rabu
Waktu : Selepas Solat Maghrib
Aktiviti: Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hawari Abd Latif

Tarikh : 23 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Waktu : Selepas Solat Subuh
Aktiviti : Tazkirah Subuh oleh Ustaz Musa Sarbini

Tarikh : 24 Oktober 2010
Hari : Ahad
Waktu : Selepas Solat Subuh
Aktiviti: Kuliah Subuh oleh Ustaz Shaharuddin Abdul Mubin

Tarikh : 26 Oktober 2010
Hari : Selasa
Waktu : Selepas Solat Maghrib
Aktiviti : Kuliah Maghrib oleh Ustaz Zaharin Taha

Tarikh : 30 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Waktu : Selepas Solat Subuh
Aktiviti : Tazkirah Subuh oleh Ustaz Musa Sarbini

Tarikh : 31 Oktober 2010
Hari : Ahad
Waktu : Selepas Solat Subuh
Aktiviti: Kuliah Subuh oleh Ustaz Shaharuddin Abdul Mubin

Bersama-sama kita mendapatkan manafaat dari program ini.

Sabtu, 25 September 2010

Program Ziarah Dan Marhaban Syawal 1431

Klip Video yang lain boleh dilihat di http://www.facebook.com/pages/Masjid-Jamek-Al-Ala-Bandar-Mas/111736238870409

Program Ziarah Dan Marhaban Syawal 1431


Lebih banyak gambar bolah dilihat di http://www.facebook.com/pages/Masjid-Jamek-Al-Ala-Bandar-Mas/111736238870409

Jumaat, 10 September 2010

Selamat Menyambut Aidilfitri

Program Kacau Dodol 2010


Semua gambar boleh didapati di http://www.facebook.com/pages/Masjid-Jamek-Al-Ala-Bandar-Mas/111736238870409

Program Tadarus dan Khatam Al-Quran


Gambar-gambar boleh didapati http://www.facebook.com/pages/Masjid-Jamek-Al-Ala-Bandar-Mas/111736238870409

Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Ramadhan Yang Dinantikan Keberkatan Yang Diharapkan

Kelebihan Ramadhan
1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia
2. Bulan penuh berkat
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.
3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar.

Isnin, 2 Ogos 2010

Renungan

Setiap tahun kita akan sama-sama menyambut kehadiran Ramadan al-mubarak dengan penuh rasa tawaduk dan syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama merebut peluang bulan yang penuh keberkatan ini. Seperti mana bulan-bulan yang lain dalam Islam, Ramadan menjanjikan ruang dan peluang kepada kita untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran Allah yang datang setahun sekali. Jika diukur dan dinilai sebab mengapa Allah memberikan peluang dibulan Ramadan untuk kita beribadah sudah pastilah tidak mampu untuk menjawabnya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Cuma yang pasti hikmah dan rahsia disebaliknya akan ada jika kita mengenali apakah itu Ramadan, rahsia disebalik amalann yang mulia ini.

Semua orang mengetahui bahawa Ramadan adalah bulan untuk menilai ketaqwaan terhadap Allah Taala. Firmannya dalam surah al Baqarah ayat 183:“ Maksudnya Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. Pernahkah kita fikirkan taqwa yang bagaimanakah yang perlu kita cari dan bentuk dalam diri kita, persoalan untuk kita membentuk jiwa muttaqin dalam diri . Ungkapan taqwa yang difahami secara mudah memberi erti takut adalah antara garisan paling asas dan awal memahami taqwa yang sebenar. Namun takutnya kita kepada Allah itu bagaimana? Adakah takut dalam erti bahasa yang longgar sepertimana orang takut hantu, jembalang dan sebagainya? atau takut dengan penuh inti dan makna sebenar.

Yang jelas taqwa membawa erti takut dengan ilmu dan iman yang jitu kepada Allah. Justeru jika takut yang kita rasai semata-mata tanpa ilmu maka ketakutan tidak membawa erti apa-apa. Justeru yang harus diambil kefahaman dalam konteks Ramadan ini adalah; Pertama memahami apakah makna taqwa sebenar dalam hidup kita. Harus dicari makna tersebut. Kedua melihat secara teliti ciri orang taqwa di zaman para nabi dan sahabat. Mencungkil tabiat orang bertaqwa sebenarnya untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian dan ketiga mengamalkan sifat-sifat dikalangan para ulama dan para solehin bagaimana mereka mempertahankan jiwa muttaqin. Apakah rahsia mengekalkan jiwa taqwa agar ianya sentiasa segar dan bermakna dalam hidup. Barulah kita dapat merasai nikmat taqwa dalam bulan Ramadan ini. Ini bermakna Ramadan memberi satu wahana mengetuk pintu hati manusia supaya mereka membuat muhasabah , mencari dimana pintu taqwa dalam diri mereka.

Ramadan juga mengetuk pintu hati kita untuk sentiasa segar dengan tazkiyah l-nafs ( penyucian jiwa). Firman Allah dalam surah al-syams ayat 7-10 ’’ Maksudnya Dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaan-Nya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya." Penyucian ertinya daripada dosa dan noda sepanjang tahun. Sudah pastilah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dengan Allah walaupun tanpa disedari.

Janganlah kita leka daripada dosa, mungkin kita tidak melakukan dosa-dosa besar kepada Allah namun jika dikira dengan penuh teliti barangpasti begitu banyak dosa-dosa kecil yang kita telah lakukan tatkala hati kita dilalaikan oleh hawa nafsu . Itulah sebabnya jika dihimpun segala dosa-dosa kecil yang dilakukan pasti ianya berat dan dikhuatiri akan setimpal dengan dosa besar. Nauzubillah. Itulah hakikat keampunan Allah mesti dikaut sebanyak mungkin moga dosa kecil yang kita lakukan sepanjang tahun akan diampun oleh Allah SWT. Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 135 Maksudnya “ Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain darpada Allah?”

Persoalan yang mungkin harus kita teliti disini adalah apakah kita merasai kita melakukan dosa? Atau jiwa kita masih bebal dengan perasaan bahawa hati kita masih bersih tanpa dosa. Sebab itu amalan yang baik dalam konteks Ramadan seperti membaca al-quran, melakukan sedekah adalah antara dua amal soleh yang secara ruhaniyahnya mampu untuk menghancurkan dosa-dosa kecil kita dengn Allah. Jangan sekali-kali kita merasa mudah dengan persoalan akhirat dalam hal ini. Dosa kita dengan Allah tidak mampu kita tangani jika kita mempunyai hati yang keras seperti batu. Untuk melembutkan hati , maka amalan-amalan kerohanian adalah makanan yang paling benar untuk kejalan itu. Al-Quran sendiri boleh menjadi ubat untuk melembutkan hati. Firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 28: Maksudnya “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.

Umat Islam pada hari ini sentiasa diperingatkan untuk sentiasa bersedia dengan kehadiran Ramadan. Dalam hadith-hadith hadis soheh banyak memberi panduan kepada kita tentang bagaimana untuk kita bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menyambut kehadiran Ramadan yang begitu bermakna. Cuma disebalik persediaan ini kita kadangkala lupa bahawa asas dalam diri kita harus jelas bahawa amalan-amalan yang harus dilakukan itu bukan semata-mata dibulan Ramadan. Amalan baik yang ditetapkan sebagaimana dalam bulan Ramadan juga adalah manifestasi untuk dilakukan dibulan-bulan yang lain. Jika kita ingin menyambut kehadiran tetamu yang akan datang kerumah sudah tentulah kita akan bersiap sedia dengan segala persiapan untuk menerima kehadiran dengan baik. Persediaan termasuklah fizikal, rumah yang bersih, makanan yang sedap dan lazat dan suasana yang harmoni dan tenteram. Begitu juga persediaan mental dan jiwa, akan pasti diberikan untuk kita menyambut kehadiran tetamu kesayangan kita. Justeru begitulah dengan Ramadan, apatahlagi seharusnya lebih kerana Ramadan yang akan datang ini bukan dengan tangan kosong tetapi dengan buah tangan daripada Allah swt yang akan kekal sehingga hari akhirat.

Rasulullah Saw. juga bersabda yang bermaksud: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu langit, menutup pintu neraka, dan membelenggu setan-setan. Di dalamnya Allah memiliki satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa yang diharamkan kebaikan malam itu maka ia sungguh telah diharamkan (dari kebaiakan).” (HR. Nasa’i dan Baihaki). Apakah persediaan kita untuk menyambut Ramadan.

1. Niat yang bersungguh-sungguh menerima tetamu bernama Ramadan. Niat yang baik sebelum kehadiran Ramadan adalah amalan yang paling awal untuk menentukan amalan seterusnya sepanjang Ramadan. Mulakan niat kita untuk melangkah bertemu Ramadan semata-mata untuk mendapatkan keampunan, rahmat dan dijauhkan daripada dosa. Jika persediaan menyambut Ramadan selain daripada itu, maka sudah tentulah matlamat puasa kita akan sedikit tersasar. Niat apakah yang mesti kita bina, antaranya adalah niatkan diri kita semoga diri kita akan dapat melaksanakan ibadah berpuasa dengan baik. Dijauhkan diri kita daripada amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam, membazir, diberi kekuatan oleh Allah untuk mengawal diri daripada melakukan amalan-amalan yang boleh merosakkan pahala puasa kita.

2. Kembali membuat muhasabah tentang amalan, sejarah, praktis Ramadan. Sememangnya untuk mendapat rahmat Allah tidak semudah nya jika kita tidak mempunyai ilmu. Justeru kembali muhasabah amalan puasa, mengetahui perkara-perkara yang haram, harus, makruh dalam ibadah puasa adalah amat penting bagi mengelakkan kita alpa dan ambil sambil lewa tentang melaksanakan ibadah puasa. Jangan kita jadi seperti setengah orang melaksanakan ibadah puasa setakat mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Oleh kerana itu ilmu dalam ibadah puasa amat pentign sebagai satu syarat untuk menjadi mukmin yang diterima ibadahnya disisi Allah.

Selain elemen pembentukan Aqidah, mendekatkan diri, taqarrub ilallah. Ramadan diibaratkan sebagai bulan tarbiyyah. Bulan mendidik jiwa dan nurani untuk hampir dengan yang Maha Pencipta. Ramadan jika dihayati falsafahnya mampu membentuk insan yang hidup jiwa dan nuraninya . Bukan semata-mata melahirkan manusia yang kuat jiwa dan akalnya malah amalan jasmaninya juga terbina nilai-nilai murni. Ramadan melahirkan insan yang kasih kepada manusia lain.
Memberi orang lain makanan untuk berbuka puasa adalah salah satu amalan jihad kecil untuk melahirkan insan yang kasih dan saling membantu orang lain yang lebih memerlukan. Jika kita sememangnya tidak mempunyai masalah tentang harta, makanan, pakaian, dibulan Ramadanlah kita digalakkan untuk mencari fakir miskin dan memberi mereka sedikit kesenangan semata-mata untuk Allah SWT. Tanda kasih dan sayang tidak mudah wujud dengan memberi orang lain makan melainkan kita faham akan konsep taqarrub ilallahi. Niat dan sikap kita semata-mata untuk Tuhan yagn maha pencipta.

Jika kita bicara tentang bulan Ramadan, sudah tidak dapat dipisahkan lagi bahawa Ramadan adalah bulan tarbiyyah. Bulan di mana umat dilatih untuk membentuk jiwa dan akal mereka agar dekat dengan Tuhannya. Bulan di mana hati-hati mereka dididik agar sentiasa tunduk dan patuh kepada perentah Allah. Proses tarbiyyah tidak dapat lari daripada 3 elemen merangkumi aspek tansyiah (pembentukan), ri’ayah( pemeliharaan) dan tanmiyyah ( pengembangan). Bagaimana untuk kita melihat Ramadan menjadi sumber utama membentuk insan yang lahir daripada tarbiyyah Ramadan.

a. Tansyiah (pembentukan) Ramadan banyak sekali membentang proses membentuk insan yang hebat ketika dalam bulan Ramadan. Amalan-amalan seperti qiyamullail, bersedekah adalah antara proses tarbiyyah yang begitu besar nilainya disisi Allah dan jika dilaksanakan maka ianya dapat membentuk jiwa hebat. Ramadan membentuk sifat berkualiti membentuk akal, minda dan ruh agar sentiasa tdak kikir dalam menyumbang ilmu, harta .Begitu juga Ramadan mendidik insan agar tidak bongkak dan takabur dengan amalan harian. Disinilah Ramadan menjadi satu platfom membentuk sahsiah insan agar sentiasa dilakukan dalam bulan Ramadan apatahlagi dapat diamalkan diluar Ramadan. Sudah pastilah Ramadan adalah platform membentuk diri agar hampir dengan Allah.

b. Ri’ayah ( pemeliharaan) Amalan-amalan sunat yang dilaksanakan dalam bulan Ramadan bukan sahaja satu proses bersifat sementara. Ia harus diteruskan dan dilaksanakan dan menjadi amalan dalam kehidupan. Tidak berguna satu-satu amalan jika ianya tidka diteruskan dalam segenap kehidupan apatahlagi ianya digalakan dan dituntut oleh Islam. Maka tarbiyyah Ramadan juga mengambil kira proses memelihara agar ilmu dan amalan Ramadan dapat memberi kesan berpanjangan dlam hidup. Tarbiyyah tidak akan tercerna jika setiap amalan tidak dipelihara. Tarbiyyah dan pemeliharaan dalam konteks amalan amatlah penting. Setiap amalan yang baik mestilah dipelihara.

c. Tanmiyyah ( pengembangan) Tidak cukup dengan amalan pemeliharaannya dalam kontesk amalan Ramadan ,ia harus dikembangkan dengan baik dan dilakukan dengan penuh tulus kerana Allah. Justeru membina kekuatan dalam bulan Ramadan adalah perkara utama membina jiwa insan yang murni dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah agar kita sentiasa segar dan bersedia untuk mendepani cabaran diluar Ramadan

Kesimpulannya, apa pun cabaran yang dilalui sepanjang Ramadan haruslah kita telaah bagaimana harus kita mengemaskini diri kita, keluarga, masyarakat untuk menerima kehadiran Ramadan dengan jiwa yang tulus dan ikhlas kerana Allah. Kehadiran Ramadan yang silih berganti setiap tahun haruslah kita lihat dengan mata hati dimana yang harus kita mantapkan.

Apakah amalan-amalan kerohanian yang sedikit ketinggalan yang tidak kita lakukan sebelum ini harus kita tingkatkan? Atau aspek mana yang wajar kita tingkatkan. Pemikiran sebegini mesti kita tanam semata-mata mendapat mardhatillah. Jika kehadiran Ramadan ini semata-mata untuk berpuasa tanpa ada niat peningkatan maka wajar kita renung hadith yang bicara bahawa berapa ramai orang beriman yang berpuasa dan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Tidakkah golongan dikalangan mereka yang rugi?

Persiapan Menjelang Ramadhan

Sya’ban hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ramadhan al-mubarak yang dinanti-nantikan akan menjelang. Adakah kita sudah membuat persiapan menyambutnya. Apakah yang perlu dipersiapkan menjelang bulan yang penuh keberkatan ini? Untuk itu, bolehlah diterapkan persiapan-persiapan berikut ini :

1- Persiapan ruh keimanan.
Orang-orang yang soleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan."

Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kezaliman sejak bulan Rajab. Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan Rajab dan Sya'ban adalah masa pemanasan (warming up), sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah boleh menjalani ibadah itu seperti sudah terbiasa.

2- Persiapan fizikal.

Untuk memasuki Ramadhan kita sebaiknya menyediakan fizikal yang lebih kuat dan bersedia daripada biasanya. Sebab, jika fizikal lemah, boleh menjadikan kemuliaan yang dilimpahkan oleh Allah swt. pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimal.

Maka, sejak bulan Rajab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunt, banyak berinteraksi dengan al-Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktiviti ketika berkecimpung dalam masyarakat.

3- Persiapan harta.

Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan berbuka puasa atau hidangan di hari raya sebagaimana tradisi kita selama ini. Mempersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah, karena Ramadhan padanya disediakan peluang yang banyak untuk bersedekah.

4- Persiapan intelektual dan keilmuan.

Agar ibadah Ramadhan dapat direbut seoptima mungkin, diperlukan bekal wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Antaranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.

Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah saw. seketika Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan pelbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.

Semoga persiapan yang dilakukan mampu menjadikan ibadah puasa kita kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah puasa yang kita lakukan. Dan semoga ianya diterima oleh Allah swt. dan diberikan ganjaran yang sewajarnya bila amal dihitungkan untuk diberikan pembalasan.

Rabu, 2 Jun 2010

HUKUM MENUNTUT ILMU DALAM ISLAM


Kadang-kadang kita lupa untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu, dan kita juga lupa apa hukumnya menuntut ilmu dalam agama Islam. Dalam hal tersebut, saya ingin mengingatkan kembali untuk apa sebenarnya, dan apa hukumnya kita menuntut ilmu dalam agama Islam. Hal tersebut ada dinyatakan di dalam buku "Ilmu Fiqih Islam" karangan Drs. H. Moh. Rifai.

Apabila kita memperhatikan isi Al-Qur’an dan Al-Hadis, terdapat beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-laki mahupun perempuan, untuk menuntut ilmu, agar tergolong menjadi umat yang cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan kebodohan. Menuntut ilmu artinya berusaha dengan jalan menanya, melihat atau mendengar. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud;
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)
Dari hadis ini kita memperoleh pengertian bahawa Islam mewajibkan pemeluknya agar menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mengetahui segala kemaslahatan dan jalan kemanfaatan; menyelami hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisis segala pengalaman yang didapati oleh umat yang lalu, baik yang berhubungan dengan ‘aqidah dan ibadat, serta hubungannya dengan soal-soal keduniaan dan segala keperluan hidup.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.

KONSEP ILMU DALAM ISLAM

Konsep ilmu dalam Islam merujuk kepada hakikat bahawa Allah S.W.T sebagai pemilik mutlak ilmu. Manusia hanya diberikan sedikit sahaja ilmu. Namun begitu ilmu yang sedikit sangat bermakna di sisi Allah jika ianya digunakan sebaik mungkin iaitu sehingga membawa kepada keimanan yang kukuh terhadap Allah serta mengikut perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu mesti dipelajari dan dikembangkan berdasarkan asas-asas tauhid dan disertakan integrasi iman, kemanfaatan ilmu, amalan yang soleh dan akhlak yang mulia.
Dasar ini jelas melalui wahyu pertama iaitu surah Al-‘Alaq yang menyatukan antara tauhid (melalui sifat al-Khaliq mutlak) dengan ilmu. Semua pancaindera zahir dan batin yang dijadikan oleh Allah adalah bermatlamatkan pencarian ilmu yang benar. Lantaran itu manusia yang tidak menggunakan pancaindera tersebut untuk mendapatkan ilmu yang benar akan dikutuk. Hal ini jelas melalui firman Allah S.W.T,

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai". (Al-‘A'raf:179)

Selasa, 1 Jun 2010

MENUNTUT ILMU MENURUT PANDANGAN ISLAM

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Qur’an melalui berbagai bentuk.Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Qur’an antaranya,

Firman Allah S.W.T (Az-Zumar, Ayat 9)

Maksudnya: "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".

Firman Allah S.W.T (Al-Baqarah, Ayat 269)

Maksudnya: "Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya".

Firman-Nya lagi. (Al-Faatir, Ayat 28)

Maksudnya: "Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."

HUKUM MEMINUM ARAK DAN BERJUDI

Peringatan Allah kepada kita hambaNya.

Al-Qur'an, Surah Al-Baqarah, Ayat 219.

Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir."

Al-Qur'an, Surah Al-Ma'idah, Ayat 90.

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

Al-Qur'an, Surah Al-Ma'idah, Ayat 90.

Maksudnya: "Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?"