Program Kurban

HIKMAH BERKURBAN
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
KEPADA SIAPA IBADAH KURBAN DISUNATKAN
  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah kurban.
SYARAT SAH KURBAN
  • Haiwan yang hendak dikurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah kurban.
 PROGRAN KURBAN DAN AKIKAH MASJID JAMEK AL-A'LAH

Program korban dan akikah secara berkelompok ini dikelolakan oleh pihak masjid.Bayaran bagi satu bahagian ialah RM350. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau secara beransur.Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai sila berhubung dengan ahli jawatankuasa biro korban seperti berikut:

1. 013-7150478 (Encik Dolah bin Kadir)                     
2. 013-7489834 (Encik Hamdan bin A.Kadir)              
3. 019-7644808 (Encik Selamat bin Ujud)                  
4. 013-7250453 (Tuan Haji Samsudin bin Sulaiman)